Home »
» Apple, Samsung Bakal Bekerjasama Hapuskan Penggunaan SIM
Apple, Samsung Bakal Bekerjasama Hapuskan Penggunaan SIM
By AuRa FM
NEW YORK – Dua syarikat gergasi telefon pintar, Samsung dan Apple dikatakan sedang berbincang untuk memperkenalkan penggunaan SIM elektronik konsep baharu yang membolehkan pengguna bertukar operator mudah alih.
Laporan dari organisasi GSMA menyebut pihaknya bakal mengumumkan perjanjian mengenai standard bagi kad SIM baharu itu.
“Tetapi kad SIM tersebut hanya akan mula digunakan pada 2016,” katanya laporan itu.
Laporan itu turut menyebut kebanyakan pengendali perkhidmatan komunikasi mudah alih sudah pun bersetuju dengan konsep baharu itu.
“Perancangan yang diadakan itu adalah untuk memuktamadkan perkara-perkara teknikal yang akan digunakan dalam pembangunan kad SIM tersebut dengan penghantaran dijangka bermula menjelang 2016,” katanya.
Ketu Pegawai Eksekutif GSMA, Anne Boverot berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Apple bagi menunjukkan sokongan terhadap inisiatif ini.
“Kami bekerjasama rapat dengan pihak Samsung dan Apple bagi membolehkan mereka menyediakan satu penyelesaian mudah kepada pengguna,” katanya.
Related Posts:
Cara Membuat Pembahagian Hard Disk Saya selalu mengesyorkan kepada para pembaca supaya menyimpan fail penting di Local Disk selain C. Ini kerana kebiasaannya sistem komputer kita t… Read More
3 Tip Murah Rezeki 1) Pelihara solat 5 waktu. "Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu,… Read More
7 Cara Menghalau Lalat Adakah anda tidak suka dengan kehadiran lalat di rumah anda? Jom ketahui teknik menghalau lalat di sini.. Lalat merupakan sejenis serangga yang mam… Read More
Semakan Nombor IMEI Dan Negara Pengeluar Telefon PintarIMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik,… Read More
Resepi : Durian Crepe BAHAN-BAHAN : (membuat kulit luar – 5 keping) - 64g tepung- 2 sudu besar gula- 120ml susu segar- 60ml air suam- 14g mentega cair- Secubit garam- … Read More
Jadual Bertugas Deejay
