Senarai 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!



BAYANGKAN anda sedang berjalan di dalam hutan dan terjumpa sebuah peti berisi kepingan syiling emas. Tentu seronok, bukan? Hakikatnya, terdapat banyak harta karun yang sebenarnya tersembunyi di sekeliling kita dan hanya menunggu masa untuk dijumpai. Artikel ini menyenaraikan 10 harta karun yang boleh anda cari, jika anda mempunyai banyak masa dan tenaga!



1. Harta Karun Forrest Fenn

Forrest-Fenn-in-his-study-photo-Steve-Collins

Selepas didiagnosa dengan kanser ginjal, Fenn membuat keputusan untuk menyembunyikan sebuah peti berisi barangan berharga miliknya di pergunungan Rocky Mountains selepas kematiannya. Menurut teman rapat Fenn, dalam peti itu terdapat syiling emas, barang kemas dan artifak-artifak bersejarah daripada Amerika Selatan.
Beberapa siri ekskavasi telah dijalankan di kawasan harta karun itu mungkin ditanam, namun masih belum dijumpai sehingga hari ini.

2. Emas Di Tasik Toplitz

oes1087-Toplitzsee

Semasa kemuncak Perang Dunia Kedua, askar Nazi Jerman telah menenggelamkan beberapa buah peti ke dalam Tasik Toplitz di Austria. Pakar sejarah telah menemui kembali beberapa peti itu, namun hampa apabila di dalamnya cuma berisi matawang palsu bernilai jutaan dolar. Bagaimanapun, ramai yang percaya bahawa pihak Nazi turut menyembunyikan emas dan batu permata sebenar di dalam tasik tersebut.

3. Pungguk Emas Di Perancis

o-LA-CHOUETTE-DOR-570

Pada tahun 1993, seorang pereka pencarian harta karun terkenal Regis Hauser telah menyembunyikan patung emas berbentuk burung hantu di sekitar kawasan sebuah rumah agam yang terletak di desa Perancis. Beliau menawarkan hadiah lumayan bernilai 1 juta francs kepada sesiapa yang berjaya menemuinya. Hauser juga telah memberikan 11 petunjuk kepada sesiapa yang cuba mencari patung itu.
Bagaimanapun, teka-teki lokasi sebenar pungguk emas itu masih membingungkan ramai pencari dan kekal sebagai misteri sehinggalah kematian Hauser pada tahun 2009. Setelah 22 tahun, patung tersebut masih belum dapat dijumpai walaupun telah ada pihak yang mengali hampir dengan tempat sebenar patung itu ditanam.

4. Lubuk Emas Tasik Guatavita

guatavita-sacred-lake

Setiap tahun, ketua-ketua puak di Bogota akan menjalankan upacara mencampakkan emas ke dalam tasik ini untuk mendapatkan keberkatan daripada dewata. Ini kerana, Tasik Guatavita sememangnya kaya dengan logam emas sejak dahulu lagi dan menjadi penarik utama penjajah Sepanyol. Malah, ramai yang percaya bahawa Tasik Guatavita merupakan lokasi bandar emas lagenda El Dorado.
Oleh kerana kekayaannya, penjajah Sepanyol pernah cuba untuk mengalirkan isipadu tasik itu keluar bagi mendapatkan kandungan emas dengan mudah dan cepat, namun cubaan itu gagal.

5. Kawah Duit Pulau Oak

oakIsland01_air_410w

Nun di daerah maritim Kanada, Nova Scotia, tersembunyi harta karun yang menjadi rebutan ribuan pencari sejak ratusan tahun lalu. Harta karun itu dikatakan berada di dalam sebuah kawah yang pada awalnya dijumpai oleh seorang pengembara bernama Daniel McGinnis pada tahun 1795. Sejak itu, banyak misi ekskavasi telah dijalankan di kawasan itu. Hasil pencarian itu menemui tempurung kelapa (yang dianggap pelik kerana pokok kelapa hanya tumbuh dalam iklim tropika) dan sebuah bongkah batu bertulis dengan huruf-huruf asing.
Setakat ini, beberapa pencari telah berjaya menemui sedikit serpihan emas dan barangan berharga lain.

6. Harta Tamadun Inca di Lima

incamask

Setelah berjaya menggulingkan tamadun Inca, penjajah Sepanyol seterusnya menawan pusat pemerintahan puak tersebut dan merampas segala barangan berharga dan emas milik maharajanya. Kebanyakan harta karun itu disimpan oleh Sepanyol sehingga tahun 1820, sehinggalah satu gerakan revolusi di Lima memaksa pihak penjajah untuk berundur.
Pegawai British, William Thompson, ditugaskan untuk menyimpan harta karun tersebut, Namun, Thompson dan askar-askar British telah bertindak untuk membunuh pengawal Sepanyol dan menanam harta membukit itu di Kepulauan Cocos, Costa Rica. Sehingga kini, lokasi tepat harta karun itu disembunyikan masih belum diketahui.  Harta karun itu hari ini dianggarkan bernilai kira-kira USD200juta.

7. Kapal Sarat Emas Dari San Miguel

050914_1205_TheEconomic1

Penjajah Sepanyol sememangnya tiada rezeki dengan emas. Pada tahun 1712, Sepanyol berjaya mendapatkan 11 kapal sendat berisi emas, perak dan permata daripada San Miguel, Havana, Cuba. Nilai harta itu hari ini dianggarkan bernilai USD2 billion. Bagi mengelakkan ribut taufan yang menghampiri pelabuhan itu, kapal-kapal Sepanyol diarahkan untuk meninggalkan Cuba secepat mungkin. Namun, kesemua kapal-kapal tersebut karam akibat dipukul ombak kuat semasa dalam perjalanan ke Sepanyol.
Para penyelidik telah menemui 7 daripada 11 kapal-kapal karam ini di kawasan pantai Florida, Amerika Syarikat, tetapi di dalamnya cuma terkandung sedikit sahaja harta karun.

8. Harta Karun Black Beard

Circa 1715, Captain Edward Teach (1680 - 1718), better known as Blackbeard, a pirate who plundered the coasts of the West Indies, North Carolina and Virginia. His hair is woven with flaming fuses to increase his fearsome appearance. (Photo by Hulton Archive/Getty Images)

Lanun terkenal, Blackbeard, telah merompak kapal-kapal pedagang di lautan selama bertahun-tahun lamanya dan dalam salah satu rompakannya, Blackbeard telah menemui sejumlah syiling emas yang banyak. Peliknya, sebahagian besar wang rompakan milik Blackbeard ini masih belum dibelanjakan.
Blackbeard mati setelah kapal itu karam dan bangkai kapalnya telah pun dijumpai di Beaufort, North Carolina, Amerika Syarikat, beberapa tahun lalu. Namun, harta-harta yang terkandung di dalam kapal tersebut masih belum ditemui.
Ramai percaya, harta lanun itu masih ada di luar sana.

9. Kekayaan Tersembunyi Dutch Schultz

1000509261001_1087671652001_Bio-Biography-Dutch-Schultz-LF

Dutch Schultz merupakan seorang hartawan yang mendapatkan kekayaannya hasil jenayah terancang seperti penipuan dan sindiket wang haram. Oleh kerana aktiviti jenayahnya, Dutch Schultz terpakasa menyembunyikan sebahagian besar hartanya di pergunungan Catskill. Sehingga hari ini, harta milik ketua gangster ini masih belum ditemui.

10. Emas Leon Trabuco

736273682

Jutawan Mexico ini yakin bahawa beliau dapat mengaut keuntungan berlipat ganda daripada situasi ekonomi merundum di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an dengan menjual jongkong emas yang dibelinya. Dalam tempoh 3 bulan sahaja, Trabuco dan rakan niaganya telah membeli lebih 16 tan emas untuk diseludup ke AS.
Malangnya, sebuah akta yang digubal pada tahun 1934 mengharamkan pemilikan emas secara persendirian. Kegagalan perniagaan Trabuco ini amat mengecewakannya dan lokasi sebenar tempat penyimpanan jongkong emas tersebut dibawa ke liang lahad.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay