Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10



Windows 10 yang baru dilancarkan baru-baru ini tidak kurang dari dilanda kontroversi. Antaranya terdapat beberapa fungsi terbina dalam yang dikatakan “mengumpul data peribadi dan menghantar ia balik ke server Microsoft” dan mencetuskan spekulasi bahawa terdapat aktiviti ‘spying’. Saya akui bahawa terdapat penjelasan yang samar-samar mengenai isu ini daripada pihak Microsoft sendiri dan nasib baik terdapat cara yang mudah untuk mematikan fungsi ‘spying’ di dalam Windows 10.


Jom ikuti tutorial ringkas ini bagaimana untuk anda rasa lebih ‘selamat’ bila guna Windows 10.


disable spying windows 10

Anda boleh mematikan fungsi ‘spying’ dengan menggunakan Settings app tetapi langkahnya sedikit mengelirukan. Saya cadangkan anda muat turun tool Ultimate Windows Tweaker (UWT) untuk langkah yang pantas dan efisien.
Extract dan terus jalankan UWT tanpa perlu install. Kemudian klik bahagian Security & Privacy >Privacy > dan tick seperti dalam screenshot di atas. Saya tinggalkan fungsi Bing Web Search,Cortana dan Password Reveal Button kerana ia perlu bagi saya. Anda boleh matikan jika mahu.
Selepas itu, klik Apply dan restart komputer anda. Kini anda selangkah lagi ke arah penggunaan komputer yang lebih selamat.

windows 10 spying

Anda juga boleh mematikan fungsi “Stop getting to know me” yang boleh mengumpul maklumat mengenai kalendar, suara, kenalan dan perkataan yang ditaip oleh anda. Masuk Settings >Speech, inking & typing > tekan butang Stop getting to know me.

disable location windows 10

Ekstra : Tak nak lokasi anda dikesan? Anda boleh mematikan Location Service dan lokasi sebenar anda tidak akan dikesan oleh Windows. Akan tetapi, anda mungkin tidak boleh menggunakan kesemua fungsi dalam aplikasi Maps, GPS, ataupun Weather selepas ini.
Mudah sahaja kan? Anda masih boleh menikmati Windows 10 yang bagi saya lebih best dari Windows 7 dan 8 dan mendapat lebih ketenangan dari isu data kena ‘mining’ tanpa sedar.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay