Mantap 40 Juta

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

AURAFM - GEGARAN DUNIA MUZIK INTERAKTIF

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

ONAIR

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Sound Sistem

Selamat Datang Ke Website AURAFM.

Zero Mahu Bawa Emak Ke Umrah Selepas Menang RM500,000



Selepas tiga belas minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) jadi milik kumpulan Zero apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Apa Kata Tokoh Non Muslims Mengenai Nabi Muhammad SAW?Mahatma Gandhi & Sir George Bernard Shaw Kagum Dengan Nabi Muhammad SAW

Sungguh!  Kita tidak peduli apa yang dikatakan oleh orang-orang yang bukan Islam mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Tidak kiralah samada kata-kata itu berbentuk pujian ataupun kejian.  Kerana kata-kata mereka tidak mempunyai nilai buat kita.  Kerana kita sudah tahu bahawa kemuliaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah diiktiraf oleh ALLAH Tuhan Seluruh Alam.  Dan itulah yang paling penting.

Cukuplah apa yang telah dikatakan ALLAH `Azza wa Jalla.  Kerana ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Memiliki Dan Berkuasa Ke Atas Segalanya.  Kerana ALLAH lah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA.  Tiada tuhan selain DIA.  Dan kerana kata-kata ALLAH itulah yang paling utama.


Petua Hilangkan Pepijat


Terkadang bila masuk rumah sewa baru lepas tidur bila sedar jer esok pagi akan kelihatan bintik-bintik merah kat leher dan badan.
Kekadang bila bermalam di hotel pun leh kena
Bila jumpa doktor yang kurang pengalaman akan kata kita kena alahan (allergic).
Ada yang tak puas hati dengan nasihat doktor, jumpa pula denganbomoh. Bomoh kata ada penunggu kat rumah tu... tiap-tiap malam ada lembaga dok hisap darah kita...chehh....

Tapi bagi geng bujang yang banyak pengalaman berpindah-randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa dari rumah yang sentiasa dijaga kebersihannya oleh tuan empunya rumah ke rumah yang "pepandailah korang jaga sendiri janji bayar sewa tiap bulan" sekali pandang jer dah tahu, bintik-bintik kesan gigitan kat badan tu adalah kerana 'makhluk' yang dinamakan pijat atau pepijat.Pepijat adalah serangga berbentuk bujur yang warnanya kuning atau coklat kemerah-merahan dan tak mempunyai sayap. Saiznya kecil jer antara 1 mm  8 mm, bergantung kepada usia.

Yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu.  So, bayangkanlah
 betapa susah nak hapuskan pijat nie.

Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.Habis satu rumah boleh ditakluki oleh serangga nie, sekali dia dah masuk melalui tilam atau sofa yang baru dibawa masuk tanpa disedari dah dihuni oleh koloni pijat. Bila dah merebak, sampai ke baju dan seluar pun leh ada pijat.Kalau dah jadi camtu macam mana nak buat?
Haa ni dia beberapa panduan melawan pijat yang che petua telah kumpulkan daripada geng bujang

Petua Hilangkan Pijat



Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.
Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan 'kungfu' tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk menggugurkan askar-askar pepijat yang bergayutan.
Kalau kena sofa, pastikan juga dijemur. Kalau kulit sofa tu terkoyak dan pijat dah bersarang kat bahagian dalam dinasihatkan ucapkanlah selamat tinggal kepada sofa tersebut. Kalau takut rugi jual jer dalam senang(dot)com..ngeh..ngeh..ngeh

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan geram dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.
Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan melting glue. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu.
Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan kat situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang lari dari rumah sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan
akan pening dengan bau durian pun akan lari juga ahaks..
Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.
Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda. Tapi agak susah nak dapat daunnya sebab kena
cari kat Belanda.. hehe
Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya aromanya lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil.
Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai. Pijat akan lari sebab seram.

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua lam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah.

Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala,
 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekuran-kurangnya seminggu sekali

Cuma Dibayar RM50 Pelakon Tambahan Buat Laporan Polis


KONONNYAdijanjikan bayaran RM100 sehari bagi menjalani penggambaran selama 11 hari, namun semua itu hanya mimpi!



Seorang pelakon tambahan yang hanya mahu dikenali sebagai Khai, 20, mendakwa ditipusekitar November lalu setelahmenerima tawaran menjadi extra bagi sebuah filem yang menjalani penggambaran di Sabak Bernam, Selangor.

3 Gambar kenderaan mewah Johan Raja Lawak




Johan Raja Lawak apabila di lihat sangat simple dan bersahaja. Tidak suka menunjukkan kemewahan yang ada membuatkan ramai peminat senang dengannya. 
Dengan status pelawak popular dan memenangi pelbagai pertandingan, Johan Raja Lawak boleh dikatakan sudah berjaya dan sudah tentu kaya dan murah rezeki.
Terbaru“Johan Juara Super Spontan“, tahniah di ucapkan.
Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja yang lain.
Malah rezeki Johan yang terbaru “Mahkamah Arah Pihak Produksi Bayar Johan RM170,100 Dengan Segera“. Memang kaya la si Johan ni nanti.
Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM.
Ramai yang menyangka Johan menaiki kereta mewah, namun beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja.
Mungki nak cepat sampai ke tempat kerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping berjimat. hehe apa pun kenderaan yang di naiki pastikan ianya selesa.



80% Madu yang ada dalam pasaran adalah palsu



Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan.
Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu!

Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan.

Penunggang motorsikal keliru dengan topi keledar layak digunakan diatas jalanraya


Keluhan penunggang motorsikal yang mengatakan pihak berkuasa haramkan Topi Keledar MS88.

Topi Keledar MS88 keluaran syarikat Kenwira adalah mematuhi MS1:2006 bagi topi keledar keselamatan motorsikal. Ianya secara automatik layak digunakan diatas jalanraya.

Mana-mana topi keledar yang mematuhi pensijilan UNECE R22 (ada E marking) atau MS1 (logo SIRIM) adalah layak digunakan diatas jalanraya. Bagi semakan senarai topi keledar yang diluluskan UNECE R22 yang masuk ke dalam negara boleh rujuk Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ atau layari jpj.gov.my, manakala bagi semakan syarikat yang mematuhi MS1 boleh rujuk web http://www.malaysian-certified.my/ProductSearch.aspx

4 Cara Bagaimana Menjadikan Peranti Android Anda Kembali Laju Seperti Pada Asalnya?



Bagi para pengguna peranti Android, terutamanya peranti berspesifikasi pertengahan, anda mungkin akan merasai peranti anda menjadi semakin perlahan atau mengalami sela masa setelah digunakan beberapa bulan. Perkara ini mungkin kerana beberapa perkara, termasuk kerana fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan pada peranti. 

Anda boleh menjadikannya kembali pantas seperti pada asalnya dengan melakukan beberapa perkara asas.

Berhati-hati Beli Ikan Keli Di Pasaran, Elak Dari Sumber Diragui



KUALA TERENGGANU, 2 Feb (Bernama) - Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.

Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

Kod Tayar Kereta Anda




Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)

Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay